Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
2 страница из 72
Micah memuncung ke arah siling merasa pening bila kipas siling berpusing-pusing. "Ianya bukan salah saya diculik dan didera".
Puan Tully menyentuh lembut dahinya dengan hujung jari. "Saya rasa tidak, Skywalker muda. Jika apa yang saya dengar itu betul, kamu mencari gaduh dengan serigala jadian itu dan sebab itu kamu diculik".
"Jadi kamu kata saya yang buat ini pada diri sendiri?" bentak Micah, tidak layan sengehan dari orang lain di bilik itu.
"Jangan sampok yang tua", Puan Tully balas dengan muka garang. "Saya belum habis. Saya kata... kamu mencari gaduh dengan anjing kurap dan saya rasa ianya memang sepatutnya berlaku".
Micah memandang sinis pada Quinn dengan 'Saya dah beritahu kamu' tersengeh. Dia belum bersedia memaafkan abangnya. Dia telah memberi amaran pada Quinn tentang Anthony dan diberitahu untuk duduk diam. Dia harap abangnya gembira kerana sekarang dia terpaksa duduk diam.
"Berhenti!" Puan Tully menyingai dan pukul atas kepalanya.
Itu membuatkan sakit kepalanya berdenyut dan dia memejam mata. "Hey, saya cedera tau", komplen Micah.