Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
23 страница из 72
Dia mula untuk buka pintu itu tapi kaku bila Damon berpusing dan ambil baju sejuk dan memakainya. Dia betul-betul mahu menangis bila nampak darah di belakang Damon, yang lebih teruk dari dadanya. Berapa kali dia memukulnya di belakang sebelum sampai ke biliknya?. Lutut Alicia terasa longgar memikirkannya.
Bila Damon mula melangkah ke pintu beranda, dia cepat-cepat ke tepi dan berpusing, menyandar pada dinding antara dua pintu berkaca itu. Meletakkan tangan ke dadanya yang tidak cedera, dia menahan nafas dan berharap Damon tidak keluar dan menangkapnya merisiknya.
Kepanikannya bertukar kepada kesakitan... kemudian kemarahan dan kebingungan. Damon bohong semasa di vila itu... darah itu sebenarnya kepunyaannya. Kenapa dia buat begitu?. Kenapa lindungi dia dan tidak beritahu bahawa dia cedera?. Dia boleh terbunuh... untuk apa?. Selamatkannya?.
Mata Alicia terbeliak bila pintu beranda terbuka tiba-tiba dan Damon melompat ke tepi selusur yang tebal itu memandang ke jalan di bawah. Dia mengimbang dirinya di selusur tapi, sebelum melompat, dia dapat rasa kehadiran Alicia di belakangnya. Dia dapat rasa emosi yang melanda Alicia dan mengeluh... dia penat dan cedera dan tidak mahu bergaduh dengan Alicia lagi malam ini.