Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
51 страница из 72
"Tolong tunggu sebentar Jason", Tabatha berkerut merasakan dirinya diperhati. Menoleh ke tingkap, dia kaku melihat Kriss berdiri di luar memandangnya. "Jason, saya cakap denganmu esok, okay?" dia pusing dan letak telefon tapi bila tengok kembali Kriss sudah hilang.
Bab 3
Puan Tully mengeleng kepala semasa keluar dari bilik Micah dan tutup pintu di belakangnya sebelum menoleh ke orang ramai yang berkumpul di ruang tamu. "Dia baik... masih tidur, tapi baik".
"Adakah dia akan pulih sepenuhnya?" tanya Quinn was was.
Puan Tully berdiri antara mereka dan pintu. "Maksud saya dia nampaknya sudah pulih sepenuhnya. Dia tiada satu pun calar di badannya." Dia melangkah ke belakang dan angkat tangan seperti halangan bila beberapa dari mereka cuba melepasinya untuk lihat sendiri.
"Tidak", katanya tegas. "Buat masa sekarang, saya tidak mahu dia diganggu. Dia sedang tidur nyenyak dan itu mungkin yang membantunya sembuh. Jika kamu kejut dia sebelum dia jaga sendiri, kamu mungkin kacau magik yang digunakan ke atasnya".