Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
62 страница из 72
Merasa dicabar secara senyap, mata Micah bercahaya keemasan bila terbuka luas. Micah berfirasat dia sedang memandang ke empunya kesan gigitan yang ada pada Alicia.
Kane sahaja yang sedar bahawa Michael sedang kaku dan Damon nampak seperti bersedia untuk membunuh. Kane cepat-cepat mencari jalan untuk menenangkan suasana tegang itu. "Alicia yang manis... saya rasa kamu terlupa sesuatu penting di tingkat atas". Dia tersengeh.
"Saya tidak akan pergi", kata Micah sentiasa memandang Damon, "Pergi tukar pakaian sementara saya bercakap dengan Michael".
Alicia cepat-cepat cium pipi Micah kemudian berpusing naik ke atas. Dia hampir tersalah langkah bila nampak Damon cuma beberapa kaki darinya. Bajunya terbuka dan seluarnya berzip tapi tidak berbutang, membuatnya londeh di bawah pinggang. Dia rasa pipinya merah membara bila teringat mimpinya bermain seperti wayang kotor.
Riak matanya bila bersetentang mata ialah gelap dan bahaya... dibasahi ketegangan seksual. Dia berharap ianya cuma imaginasinya tapi dia rasa pandangan itu mengekorinya semasa lalu dan menaiki tangga hingga ke atas.