Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
69 страница из 72
"Saya setuju", Micah mengangkat bahu dapat merasakan sifat melindungi Alicia dari Damon. Michael beritahu Damon adalah adiknya dan datang untuk membantu. Bila ditanya tentang kesan gigitan di leher Alicia, Michael mengesahkan Alicia digigit semasa serangan di belakang Dansa Bulan. Itu masih tidak bermaksud dia percayakan Damon. Sesuatu dalam dirinya mencurigai langsuir itu.
Memeluk Alicia lebih rapat dan berharap dia membuat keputusan yang betul, Micah menoleh kembali ke tuan rumah. "Dan itu sebabnya saya setuju Alicia tinggal dengan kamu bertiga sedikit masa lagi. Sekarang, tempat ini paling selamat untuknya".
Ianya menakjubkan bagaimana satu permintaan kecil boleh merubah suasana seluruh bilik itu.
"Apa?" Alicia meronta menjauhinya. Bagaimana boleh dia beritahu abangnya yang sekarang ini rumah ini tempat paling merbahaya di dunia baginya... lebih dari di bandar?.
Damon mengangkat kening berharap dia dapat saksikan penceraian yang teruk. Micah memang bodoh. Lelaki mana yang pandai akan tinggalkan pacar perempuannya di rumah yang penuh dengan lelaki-lelaki lain?. Ya, dia gembira jika dapat campak si bodoh ini keluar pintu hadapan... atau tingkap. Yang mana paling senang... atau dekat.