Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
11 страница из 72
Bila matahari terbit keesokan harinya, desas desus di kampung itu mengatakan ada rumah terbakar hingga rentung. Mayat lelaki dan wanita dijumpai tapi anak gadis kecilnya, hilang.
Empat orang itu cepat-cepat meninggalkan kampung itu menaiki kuda, menuju ke tempat yang sekarang dinamakan Swiss Alps. Selepas menghantar gadis kecil itu ke keluarga angkatnya, Syn memberikan nenek itu sepucuk surat dan sekarung duit emas semasa dia berbual-bual dengannya. Wanita tua itu tersenyum dan memeluk Syn erat sebelum mendukung cucunya.
Walaupun Syn tidak berkata apa-apa, mereka tahu dia bertanggungjawab pada kematian ibubapa gadis itu. Sehingga hari ini ianya membuatkan Michael mengigil bila memikirkannya. Kod moral Syn ialah kanak-kanak tidak boleh merana dan jika dia boleh berbuat sesuatu mengenainya... dia akan. Syn tidak kisah siapa ibubapa itu atau apa mereka mahu. Dia percaya ibubapa yang mendera memang patut dihukum seperti yang mereka lakukan pada anak-anak mereka.
Bila Michael bertanyakan tentang kebolehan Syn merawat budak itu, dia memberikan senyuman sabar.