Главная » Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah читать онлайн | страница 13

Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн

13 страница из 72

Jika ada sesiapa lain di bilik itu dengannya, mereka boleh melihat perubahan yang berlaku. Mata Michael mula bersinar biru kehijauan gelap dan rohnya perlahan-lahan menunjukkan dirinya, berlapis dengan tubuh fizikalnya.

Michael boleh rasa sebahagian dari dirinya masuk ke dalam badan harimau bintang itu... mengalir melalui darahnya. Dia bernafas lega bila bau infeksi mula hilang dari bilik itu. Dia tidak nampak di bawah kain pembalut luka untuk kepastian, tapi dia nampak bila lebam dan luka di muka Micah beransur pulih dan hilang.

Menarik tangannya, Michael tersentak ke belakang. Mengangkat tangan ke matanya untuk menenangkan kepeningannya, dia terkejut ada air mata di bulu mata dan pipinya. Dia kaku sekejap teringat yang dia juga menangis bila Dean mengambil tangannya dan meletaknya ke atas badan Kane yang tenat.

Adakah itu maksud Syn bila berkata mahukan sesuatu dengan kuat?. Adakah hati dan mindanya mesti tepat berada di tempat sama untuk ianya berlaku?.

Michael melihat ke tangannya dan mengeluh. Dia berharap Syn ada di situ untuk jawab soalan-soalan barunya. Syn sudah bangkit sekarang, tapi sepanjang masa yang dia ingat, Syn tidak pernah tinggal tetap di satu tempat... dia sentiasa cuma lalu sahaja. Dia pernah tanya Syn sekali apa yang dicarinya, tapi Syn cuma tersenyum dengan pandangan jauh di matanya dan jawab, "Ada rahsia yang perlu disimpan".

Правообладателям