Главная » Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah читать онлайн | страница 35

Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн

35 страница из 72

"Itu yang paling menarik sekali. Kamu tidak dibenarkan beri apa-apa maklumat masa ini". Zachary ketawa dan naikkan tingkap kemudian ketawa lagi bila Chad tendang tayar semasa dia berlalu pergi.

Jenakanya hilang bila bersendirian dengan fikirannya. Dia tahu banyak serigala itu tidak bersalah dan cuma mengikut arahan ketuanya, tapi akan ada yang mahu membalas dendam untuk kematian Anthony Valachi. Ada yang memburu penyelamat Micah, tapi ada yang mencari Steven dan tunangnya yang menipu. Walau apa pun, itu akan menjadikan Lampu Malam satu tumpuan untuk diserang gangster.

Mengeluarkan telefon bimbitnya, Zachary memanggil ahli PIT mengatakan dia ada seorang pengintip dalaman di dalam kumpulan serigala yang paling ganas itu. Jika apa yang difikirkannya akan terjadi maka ianya bagus kalau dihantar beberapa kecaman bunuh ke Lampu Malam hanya untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga harimau bintang itu, atau lebih baik lagi... suruh mereka tutup kelab itu sementara waktu.

*****

Angelica memandang keluar tingkap ke bandar di bawah berfikir tentang mimpi ngeri yang mengejutkannya. Melihat cahaya dan kehidupan di bandar walaupun pada waktu tengah malam memberinya keselesaan dan membuatnya susah untuk melihat ke tempat lain.

Правообладателям