Читать книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Buku 4 Perjanjian Darah онлайн
39 страница из 72
Bergerak dari satu kawasan paling teruk ke satu lagi, Kriss mula menghampiri tengah-tengah bandar. Beberapa jam kemudian, dia berjaya bila ternampak pergerakan pantas berlari merentas atap-atap melompat dari bangunan ke bangunan.
Mengekori dari jauh, Kriss mengecam warna terang maklaikat yang jatuh dan sayap putih bak salji yang ghaib dari pandangan manusia tapi tidak padanya. Dia merengkan kepala ke tepi bila maklaikat yang jatuh itu melihat ke atas bahunya seakan merasakan dirinya diekori.
Bila maklaikat yang jatuh itu memandang kembali ke jalan di bawah, Kriss merasakan bukan dia sahaja yang memburu malam itu.
"Siapa yang kamu cari?" bisik Kriss dalam hati masih mengekorinya beberapa blok lagi. Mengikutinya pada simpang, Kriss tiba-tiba berhenti bila lelaki itu berdiri di tepi bangunan... memandangnya. Ianya posisi menyerang dan mata peraknya garang membuatkan Kriss kaku.
Untuk seketika, kedua-duanya tidak bergerak. Kriss menggunakan masa itu untuk menumpukan kuasanya dan melihat ke dalam roh lelaki itu. Gambaran roh itu menjadi tepat, Kriss menjangka ada kilauan beralun perak dalam darahnya, tapi terkejut maklaikat yang jatuh ini telah dikotorkan. Matanya terbeliak bila sedar lelaki ini satu kacukan.